Saturday 28 July 2018

DURIAN MUSANG KING


Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, duri bersegi manakala pangkal tangkai tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd Auzaie Komarudin berkata, ini antara ciri utama durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993.

Beliau berkata, masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian mirip posisi kucing tidur.

"Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan Mao Shan ditukar kepada sebutan Musang dan Wang ditukar kepada King yang dikenali sebagai Musang King hingga kini," katanya mengenai durian itu yang banyak di sekitar Raub, Pahang.

Beliau berkata, untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual.

"Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang pada bawah buah," katanya.

Mohd Auzaie berkata, isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.

"Musang King cukup diminati penggemar durian hingga dijual mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada durian biasa. Malah sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King, walhal ia baka lain," katanya.

Beliau berkata, baka anak pokok Musang King pula pokok duriannya memiliki daun nipis tirus dan sedikit beralun.

"Anak pokok ini sesuai ditanam di tanah terbuka apabila mempunyai lapan daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun selepas ditanam," katanya.


Nota kaki..

Anak pokok: Durian Musang King
Tinggi: 4kaki 6inci
Usia: 1 tahun(anggaran)
Jangkaan berbuah: 3-5 tahun
Kod harga: RMIAJ
Pasaran semasa: RM250
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 28hb Julai 2018



Wednesday 25 July 2018

LIMAU NIPIS


Genus Citrus mengandungi banyak spesies yang boleh dimakan termasuklah oren, lemon, limau, limau bali dan limau mandarin. Limau nipis merupakan salah satu limau yang sangat popular terutama dikalangan orang Melayu bagi tujuan perubatan dan kecantikan serta untuk tujuan masakan dan minuman.
Limau nipis tergolong di dalam famili Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Citrus aurantifolia. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.50m 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan Iicin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.


Nota kaki..
Anak pokok: Limau Nipis
Tinggi: 3kaki
Umur:
Kod harga: RMHE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 25hb Julai 2018



MANGGA KING MADU


Buah Mangga King Madu Pohon Mangga( Mangifera indica) atau mempelam ialah nama jenis buah dan sekaligus nama tanaman yang tercantum ke dalam golongan Mangifera serta suku Anacardiaceae yang mempunyai lebih kurang 35-40 anggota.
Buah dan tanaman mangga Berasal dari sekitar perbatasan India dengan Burma. Pohon mangga tergolong pohon kelas tinggi yang struktur batangnya (habitus) tergolong kelompok arboreus, ialah pohon berkayu yang memiliki tinggi batang lebih dari 5 m. Pohon Mangga mampu sampai tinggi 1040 m.


Nota kaki..
Anak pokok: Mangga King Madu
Tinggi: 3kaki
Umur:
Kod harga: RMHE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 25hb Julai 2018


Saturday 21 July 2018

POKOK BUAH TIN

 

Tin atau Ara (Ficus carica L.) adalah sejenis tumbuhan penghasil buah-buahan yang dapat dimakan yang berasal dari Asia Barat. Buahnya bernama sama. Nama "Tin" diambil dari bahasa Arab, juga dikenal dengan nama "Ara" (buah ara / pohon ara) sedangkan dalam bahasa Inggris disebut fig (common fig; "pohon ara umum"), sebenarnya masih termasuk kerabat pohon beringin dari dari genus yang sama, yaitu Ficus.

Tumbuh di daerah Asia Barat, mulai dari pantai Balkan hingga Afganistan. Sekarang dibudidayakan pula di Australia, Cile, Argentina, serta Amerika Syarikat.


Nota kaki..
Anak pokok: Buah Tin
Tinggi: 3kaki
Umur:
Kod harga: RMFE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 21hb Julai 2018


LIMAU HAJI DOLLAH


Limau Haji Dolloh kecik buahnya anggaran macam buah limau mandarin/ orange tapi kulitnya sedikit tebal & berwarna hijau macam limau bali.

Isi dalamnya pulak putih macam limau bali tapi rasanya lebih manis & juicy. Kalau limau bali pahit2 sikit. Limau Haji Dolloh banyak kat Siam, itu yg Kelantan je ada.


Nota kaki..
Anak pokok: Limau Haji Dollah
Tinggi: 2kaki
Umur:
Kod harga: RMHE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 21hb Julai 2018


Friday 6 July 2018

JAMBU BATU


Jambu batu merupakan pokok yang berstruktur rendang dan mempunyai cabang yang banyak. daun jambu batu berbentuk bujur , berukuran lebih kurang 12 X 6. 5 cm. Daunnya mempunyai urat yang ketara. Bunga jambu batu berwarna putih. Buahnya pula mempunyai kulit buah yang berwarna hijau hingga hijau kekuningan (bergantung kepada klonnya) bentuk buahnya juga berbentuk dari bulat hingga ke bentuk seperti buah pear.

Antara klon jambu batu yang paling banyak ditanam secara komersial di Malaysia ialah klon kampuchea. Klon ini boleh berbuah selepas 6 hingga 9 bulan ditanam. Ia juga merupakan klon yang mengeluarkan hasil paling banyak iaitu maksimum sehingga 60 tan setahun. Ia juga boleh berbunga dan berbuah 2 hingga 3 kali setahun. Klon lain antaranya ialah jambu batu Taiwan, gloom toon klau, gloom sali, thai seedless, bangkot apple, MAHA 65 (GUS) , Beaumont dan Burma red.


Nota..
Anak pokok: Jambu batu
Tinggi:
Umur:
Kod harga: RMID
Penbekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 7hb Julai 2018


Tuesday 3 July 2018

POKOK MATA KUCING


Pokok Mata Kucing merupakan sejenis pokok yang berasal dari Malaysia. Nama saintifiknya adalah (Euphoria malaiense)..

Pokok ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buahlongan.

Setiap pokok Mata Kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah.


Nota..
Anak pokok: Buah Mata Kucing
Tinggi: 6kaki
Umur: 6bulan+
Kod harga: RMEJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 4hb Julai 2018