Friday 6 July 2018

JAMBU BATU


Jambu batu merupakan pokok yang berstruktur rendang dan mempunyai cabang yang banyak. daun jambu batu berbentuk bujur , berukuran lebih kurang 12 X 6. 5 cm. Daunnya mempunyai urat yang ketara. Bunga jambu batu berwarna putih. Buahnya pula mempunyai kulit buah yang berwarna hijau hingga hijau kekuningan (bergantung kepada klonnya) bentuk buahnya juga berbentuk dari bulat hingga ke bentuk seperti buah pear.

Antara klon jambu batu yang paling banyak ditanam secara komersial di Malaysia ialah klon kampuchea. Klon ini boleh berbuah selepas 6 hingga 9 bulan ditanam. Ia juga merupakan klon yang mengeluarkan hasil paling banyak iaitu maksimum sehingga 60 tan setahun. Ia juga boleh berbunga dan berbuah 2 hingga 3 kali setahun. Klon lain antaranya ialah jambu batu Taiwan, gloom toon klau, gloom sali, thai seedless, bangkot apple, MAHA 65 (GUS) , Beaumont dan Burma red.


Nota..
Anak pokok: Jambu batu
Tinggi:
Umur:
Kod harga: RMID
Penbekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 7hb Julai 2018


No comments:

Post a Comment