Wednesday 6 June 2018

LONGAN PING PONG


Pokok longan ping pong sentiasa berbunga dan berbuah lebat. Ia berbuah sepanjang masa kerana sentiasa mengeluarkan bunga pada setiap pucuk barunya.

Buah Iongan ping pong perlu dibalut kerana amat digemari oleh kelawar dan tupai. Kelawar akan menyerang pada waktu malam dan boleh mengoyakkan plastik pembungkus buah. Yang lebih berkesannya kena bungkus dengan jaring halus kerana kelawar takut dengan jaring.

Buah Iongan ping pong yang telah matang akan mengeluarkan bau yang wangi yang boleh menarik minat musuh seperti kelawar dan tupai.

Biji buah Iongan ping pong boleh disemai untuk mendapatkan anak benih. Anak benih tersebut hanyalah dijadikan pokok penanti untuk dibuat cantuman sanding atau cantuman mata tunas pokok dewasa.


Nota..
Anak pokok: Longan Ping Pong
Tinggi: 4kaki
Umur:
Harga: RMHJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 6hb Jun 2018


1 comment: