Tuesday 19 June 2018

CIKU MEGA C19



Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat.

Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain.

Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. la mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).


Nota kaki
Anak pokok: Ciku Mega C19
Tinggi: 3kaki
Harga: RM fa
Umur:
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb Jun 2018



No comments:

Post a Comment