Wednesday 6 June 2018

CIKU SWISS MALAY


Pokok ciku merupakan tumbuhan tropika hijau yang boleh mencapai ketinggian di antara 10-30 meter. Pokok ciku berbuah sepanjang tahun tetapi penghasilannya adalah tidak seragam. Buah ciku pada amnya berbentuk bujur dimana diameternya di antara 5-9 cm dan beratnya di antara 75-250 gm.

Faktor-faktor utama penentu gred dan jenis sesuatu buah ciku ialah bentuk, saiz, warna isi dan citarasanya. Di Malaysia, varieti ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir Subang Dan Swiss Malay.

Buah ciku pada amnya mengambil masa di antara 6-8 bulan dari tempoh berbunga untuk mencapai kematangan. Walau bagaimanapun, ciku yang dipetik selepas 7 bulan berbunga adalah lebih besar dan manis.

Nota..
Anak pokok: Ciku Swiss Malay
Tinggi: 3kaki 6inci
Umur:
Harga: RMFJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 6hb Jun 2018



No comments:

Post a Comment