Tuesday 1 May 2018

MEMPELAM HARUMANIS


Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.… Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Teknologi harumanis sepanjang tahun 


Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. … Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur perlindungan hujan. Kajian percubaan pengeluaran mempelam Harumanis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011 sehingga kini di bawah Prof. Madya Dr. Mahmad Nor bin Jaafar dan dikawal selia oleh En. Ahmad Azudin Bin Nordin dan En. Hishamuddin bin Che Mat.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, UniMAP telah memeterai perjanjian persefahaman bersama NCIA dan Syarikat JBP Asia Pacific Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebanyak 50 buah Rumah Hijau di
Institut Agroteknologi Lestari Kampus Sg. Chuchuh. Keluasan Rumah Hijau tersebut ialah 0.5 ekar persegi yang boleh memuatkan sejumlah 216 pokok mempelam Harumanis.

Lanjutan dari itu, UniMAP juga telah memeterai perjanjian persefahaman bersama FELCRA untuk membangunkan projek tanam mempelam Harumanis di bawah struktur perlindungan hujan bertempat di FELCRA Lubuk Sireh.

Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi rumah hijau harumanis tersebut anda boleh melayari laman sesawang di http://insat.unimap.edu.my

No comments:

Post a Comment