Thursday 31 May 2018

JAMBU BATU


Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar
termasuk pasar tani, dan pasar sayur

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil
bermula pada pertengahan tahun 1980.

Pokok sederhana besar, setinggi 10 m. Kulit licin, nipis, warna merah perang, kulit tua melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Daun ringkas, susunan bertentangan, panjang 5-15 cm, lebar 3-6 cm. Bunga di ketiak daun, tunggal atau 2 kuntum, putih, Iebar 33.5 cm, banyak stamen. Buah jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pir, kecil atau besar, panjang 2-12 cm, hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal, muda hijau, setelah masak masih hijau atau kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merahjambu atau merah, rasa manis atau masam, wangi, isi ada sel batu dan banyak biji kecuali kultivar tanpa biji.


Nota..
Anak pokok: Jambu batu
Tinggi: 3 kaki
Umur:
Kod harga: RMIE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 30hb Mei 2018




No comments:

Post a Comment