Saturday 30 June 2018

POKOK LEMON


Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus x Iimon, selalu diberi sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya.


Nota..
Anak pokok: Lemon
Tinggi: 2kaki 3inci
Umur:
Kod harga: RMHJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 30hb Jun 2018



Friday 29 June 2018

POKOK DELIMA


Pokok Delima berasal dari Asia Selatan, terutamanya Iran, Afghanistan dan sekitar kawasan Himalaya. Pokok ini juga merupakan tanaman prasejarah dan tidak diketahui bila tanaman ini diperkenalkan ke Malaysia. Dipercayai orang-orang Parsi atau Hindu menyebarkan tanaman ini ke alam Melayu.

Kini Pokok Delima jarang-jarang ditanam. Pada satu ketika dahulu pokok Delima sering ditanam di kampungkampung, bukan sahaja kerana keindahan bunganya tetapi dikatakan sebagai tanaman ubat. Pokok Delima


Nota..
Anak pokok: Delima 3/1 kg
Tinggi: 3kaki 7inci
Umur: 6-8 bulan
Kod harga: RMHG
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 30hb Jun 2018



Tuesday 26 June 2018

BETIK SEKAKI@BETIK HONG KONG


Betik adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai batang bertisu lembut dan bergetah. Pokoknya boleh tumbuh sehingga 8 meter dan mempunyai daundaun bercuping. Betik mengeluarkan tiga jenis bunga; iaitu jantan, betina dan dua jantina. Pada pokokjantan, bunga-bunga terdapat dalam jambak dihujung tangkai panjang. Pada pokok betina, bungabunganya bertangkai pendek dan terdapat di atas batang pokok. Bungabunga dua jantina (hermaphrodite) biasanya lebih panjang, bertangkai pendek dan terdapat di ketiak daun.


Nota..
Anak pokok: Betik Sekaki
Kuantiti: 2 pokok
Tinggi: 1kaki 5inci - 1kaki 8inci
Umur:
Harga: RM ij
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 27hb Jun 2018
Pasaran&harga semasa: RM



BELIMBING MADU THAILAND


Pokok belimbing ialah pokok yang mempunyai banyak cabang dan berdaun lebat. Daunnya hijau, lembut dan mudah luruh. Saiz kanopi adalah bergantung kepada sistem pangkasan yang diamalkan. Pada kebiasaanya ianya dipangkas pada tahap 3 m tinggi dan lebar kanopi 4 m garis pusat. Belimbing besi berbunga sepanjang tahun dan sangat lebat.


Nota..
Anak pokok: Belimbing Madu
Tinggi: 3kaki
Umur:
Harga: RMHG
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 27hb Jun 2018
Pasaran&harga semasa: RM


Friday 22 June 2018

PRODUK HANG KEBUN


Tanah organik tapak semaian
Harga: RM8
Berat 5kg+

PRODUK HANG KEBUN




BETIK SEKAKI


Betik sekaki mengeluarkan tiga jenis bunga, hanya pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina akan dikekalkan dan manakala pokok yang lain akan dibuang. Bagi memperolehi seratus peratus pokok yang mengeluarkan bunga dua jantina, setiap lubang akan ditanam dengan tiga pokok betik dan kerja-kerja membuang pokokpokok bukan dua jantina akan dibuat setelah pokok mengeluarkan bunga.

Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke empat, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan. Proses pengeluaran buah adalah secara berterusan tanpa mengikut musim.Pokok perlu ditanam semula setelah pokok menjadi terlalu tinggi dan kerja-kerja memetik menjadi sukar.Pada kebiasaannya pokok akan ditebang pada tahun ketiga untuk proses penanaman semula.


Nota kaki:

Anak pokok: Betik Sekali
Tinggi: 1kaki 10inci
Umur: 2 bulan(anggaran)
Kuantiti: 2 anak pokok
Harga: RM b
Pembekal: L2 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 23hb Jun 2018




Tuesday 19 June 2018

MANGGA MAHA CHERNOK



Mangga mahachanok disebut juga
mangga pelangi karena warnanya yang unik, memiliki rasa manis, skalanya sekitar 16 sampai 18 brix, buah tebal, beratnya 300-360 gram saja per buahnya.

Nama ilmiah (botanical name): Mangifera indica
Bibit berasal dari: okulasi Rekomendasi dataran dan kondisi tempat tumbuh optimal: dataran rendah / iklim panas / suhu 30-35°C
Memerlukan sinar matahari: full sun (penyinaran sepanjang hari) Bila berbuah: kira-kira 3-5
tahun
Buah dimakan dengan cara: dimakan langsung dalam keadaan segar
Jika ditanam di pot, disyorkan ukuran pot: diameter > 60 cm
Media tanam yang digunakan: tanah humus atau tanah kompos

Kekerapan penyiraman: dua kali dalam sehari
Gambaran ukuran tanaman saat dikirim ke Anda: 40-60 cm
Gambaran tinggi tanaman ketika tumbuh besar: lebih dari 500 cm, atau dapat dibuat pendek dengan cara dipangkas secara rutin
Tips pemberian pupuk (pemupukan): dilakukan kira-kira 30 hari sekali, menggunakan pupuk NPK Daun.


Nota kaki
Anak pokok: Mangga Maha Chernok
Tinggi: 4kaki
Umur:
Harga: RM he
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb Jun 2018




CIKU MEGA C19



Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat.

Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain.

Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. la mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).


Nota kaki
Anak pokok: Ciku Mega C19
Tinggi: 3kaki
Harga: RM fa
Umur:
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb Jun 2018



Thursday 14 June 2018

BUAH KEDONDONG



Buah kedondong dikenal dengan olahannya yang sering dijadikan bahan membuat rujak. Rasa buah ini cenderung asam namun cukup lazat untuk diolah menjadi manisan. Ukurannya kecil dengan warna hijau dan biji buah yang berserat. Buah kedondong asli berasal dari kawasan Asia Tenggara dengan nama latin Spondias Dulcis Forst. Buah ini tidak berbuah setiap bulan. Hanya akan berbuah pada bulan Januari sampai April saja.


Nota kaki..

Anak pokok: Buah Kedondong
Tinggi: 3kaki 6inci
Usia:
Kod harga: RMGJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 13hb Jun 2018




JAMBU AIR MADU HIJAU


Jambu air madu hijau merupakan varieti baru yang mulai banyak dikembangkan oleh para penggemar buah atau petani buah, bahkan buah yang masih tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini sudah mulai banyak ditanam di pekarangan rumah-rumah karena jambu air madu hijau ini sangat mudah dibudidayakan.

RASA YANG MANIS

Jambu air madu hijau ini juga memiliki rasa yang segar dan sangat manis ketika dimakan. karena rasa yang sangat manis tersebutjambu ini memiliki daya tarik tersendiri bagi yang pernah mencobanya. Di samping rasa dan manfaat dari jambu air ini, permintaan yang tinggi merupakan
salah satu sebab makin banyaknya jambu air ini dibudidayakan.


Nota..
Anak pokok: Jambu air madu
Tinggi: 2kali 6inci
Umur:
Harga: RMIE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 13hb Jun 2018






Wednesday 6 June 2018

CIKU SWISS MALAY


Pokok ciku merupakan tumbuhan tropika hijau yang boleh mencapai ketinggian di antara 10-30 meter. Pokok ciku berbuah sepanjang tahun tetapi penghasilannya adalah tidak seragam. Buah ciku pada amnya berbentuk bujur dimana diameternya di antara 5-9 cm dan beratnya di antara 75-250 gm.

Faktor-faktor utama penentu gred dan jenis sesuatu buah ciku ialah bentuk, saiz, warna isi dan citarasanya. Di Malaysia, varieti ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir Subang Dan Swiss Malay.

Buah ciku pada amnya mengambil masa di antara 6-8 bulan dari tempoh berbunga untuk mencapai kematangan. Walau bagaimanapun, ciku yang dipetik selepas 7 bulan berbunga adalah lebih besar dan manis.

Nota..
Anak pokok: Ciku Swiss Malay
Tinggi: 3kaki 6inci
Umur:
Harga: RMFJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 6hb Jun 2018



LONGAN PING PONG


Pokok longan ping pong sentiasa berbunga dan berbuah lebat. Ia berbuah sepanjang masa kerana sentiasa mengeluarkan bunga pada setiap pucuk barunya.

Buah Iongan ping pong perlu dibalut kerana amat digemari oleh kelawar dan tupai. Kelawar akan menyerang pada waktu malam dan boleh mengoyakkan plastik pembungkus buah. Yang lebih berkesannya kena bungkus dengan jaring halus kerana kelawar takut dengan jaring.

Buah Iongan ping pong yang telah matang akan mengeluarkan bau yang wangi yang boleh menarik minat musuh seperti kelawar dan tupai.

Biji buah Iongan ping pong boleh disemai untuk mendapatkan anak benih. Anak benih tersebut hanyalah dijadikan pokok penanti untuk dibuat cantuman sanding atau cantuman mata tunas pokok dewasa.


Nota..
Anak pokok: Longan Ping Pong
Tinggi: 4kaki
Umur:
Harga: RMHJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 6hb Jun 2018