Thursday 31 May 2018

CHEMPEDAK


Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan… Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasartani, dan pasar sayur.

Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer …

sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia dan boleh di temui di Brunei, Indonesia, dan pulau New Guinea/ Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang
juga boleh dimakan.


Nota
Anak pokok: Chempedak
Tinggi: 2 kaki
Harga: RM79(kod)
Umur:
Tarikh: 30hb Mei 2018
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan


JAMBU BATU


Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar
termasuk pasar tani, dan pasar sayur

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil
bermula pada pertengahan tahun 1980.

Pokok sederhana besar, setinggi 10 m. Kulit licin, nipis, warna merah perang, kulit tua melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Daun ringkas, susunan bertentangan, panjang 5-15 cm, lebar 3-6 cm. Bunga di ketiak daun, tunggal atau 2 kuntum, putih, Iebar 33.5 cm, banyak stamen. Buah jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pir, kecil atau besar, panjang 2-12 cm, hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal, muda hijau, setelah masak masih hijau atau kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merahjambu atau merah, rasa manis atau masam, wangi, isi ada sel batu dan banyak biji kecuali kultivar tanpa biji.


Nota..
Anak pokok: Jambu batu
Tinggi: 3 kaki
Umur:
Kod harga: RMIE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 30hb Mei 2018




Wednesday 23 May 2018

MANGGA PELANGI


MANGGA PELANGI, MAHACHANOK Mangga ini disebut mangga pelangi karena buahnya berwarna-warna, mulai merah, kuning dan hijau sehingga membentuk warna pelangi buahnya. Mangga ini masih tanaman koleksi para pencinta buah mangga dan buahnya belum ditemui di supermarket.

Bisa jadi mangga ini akan menjadi mangga unggulan mengalahkan haden, garifta dan irwin. Maklum dari segi bentuk buahnya memanjang bukan bulat sehingga tampak lebih besar dari mangga-mangga tersebut.


Nota
Anak pokok: Mangga Pelangi
Harga: RM25
Tinggi: 4kaki 3inci
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 23hb Mei 2018


DURIAN BELANDA



Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di
aras laut sehingga montane bawah.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

Nota:
Anak pokok: Durian Belanda
Harga: RM25
Tinggi: 3kaki 7inci
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 23hb Mei 2018



Tuesday 1 May 2018

MANGGA KIM HONG


Tiada apa-apa infomasi tentang pokok mangga ini diInternet setakat ini..


Nota..
Anak pokok: Mangga Kim Hong
Tinggi: 2kaki 7inci
Umur:
Kod Harga: RMGE
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 27hb April 2018



MEMPELAM HARUMANIS


Harumanis atau arumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.… Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Teknologi harumanis sepanjang tahun 


Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah. … Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur perlindungan hujan. Kajian percubaan pengeluaran mempelam Harumanis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011 sehingga kini di bawah Prof. Madya Dr. Mahmad Nor bin Jaafar dan dikawal selia oleh En. Ahmad Azudin Bin Nordin dan En. Hishamuddin bin Che Mat.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, UniMAP telah memeterai perjanjian persefahaman bersama NCIA dan Syarikat JBP Asia Pacific Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebanyak 50 buah Rumah Hijau di
Institut Agroteknologi Lestari Kampus Sg. Chuchuh. Keluasan Rumah Hijau tersebut ialah 0.5 ekar persegi yang boleh memuatkan sejumlah 216 pokok mempelam Harumanis.

Lanjutan dari itu, UniMAP juga telah memeterai perjanjian persefahaman bersama FELCRA untuk membangunkan projek tanam mempelam Harumanis di bawah struktur perlindungan hujan bertempat di FELCRA Lubuk Sireh.

Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi rumah hijau harumanis tersebut anda boleh melayari laman sesawang di http://insat.unimap.edu.my