Monday 30 April 2018

JAMBU AIR TAP TIM CHAN


Tap Tim Chan adalah jambu air yang berasal dari Thailand.


Nota-
Anak pokok: Jambu Air Tap Tim Chan
Beli pada: 20hb April 2018
Harga: RM83(kod)
Tinggi: 2kaki
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan

LIMAU PURUT


Limau Purut (Citrus hystrix) atau juga dipanggil sebagai " Kaffir Lime" merupakan sejenis limau dari keluarga Rutaceae iaitu dari kumpulan Genus Citrus. Limau Purut dipercayai berasal dari Asia Tengara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Laos serta negara jiran yang lain.

Pokok limau purut ditanam diseluroh dunia sebagai bahan tanaman herba atau tanaman hiasan dan ornamental dikawasan keliling keliling rumah. Keluasan tanaman limau purut di Malaysia yang saya buat kajian dengan Jabatan Pertanian tiada rekod rasmi kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri.

Limau jenis ini dipanggil sebagai limau purut kerana bentuk buahnya yang mengerutu seperti purut atau seperti kulti katak puru. Selain itu bentuk daunya juga berbeza dengan limau jenis lain
dan Laos serta negara jiran yang lain. Pokok limau purut ditanam diseluroh dunia sebagai bahan tanaman herba atau tanaman hiasan dan ornamental dikawasan keliling keliling rumah.

Keluasan tanaman limau purut di Malaysia yang saya buat kajian dengan Jabatan Pertanian tiada rekod rasmi kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau jenis ini dipanggil sebagai limau purut kerana bentuk buahnya yang mengerutu seperti purut atau seperti kulti katak puru.

Selain itu bentuk daunya juga berbeza dengan limau jenis lain kerana ia seakan mempunyai bentuk 'Nombor 8'. Terdapat beberapa kajian mengenai varieti limau purut oleh beberapa saintis pertanian tetapi sehingga kini belum ada varieti khusus yang didaftarkan dibawah 'Nasional Listing jabatan Pertanian'.


Nota kaki..

Anak pokok: Limau Purut
Tinggi: 1kaki 2inci
Usia:
Kod harga: RMHJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb April 2018


NANGKA TEKAM YELLOW J33


TEKAM YELLOW (TY) adalah satu nama yang popular untuk satu Varieti Nangka (Artocarpus heterophyllus Linn) dari keluarga MORACEAE. Nangka ini banyak didapati dkawasan Tengah Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Pahang Barat, Johor dan Negeri Sembilan. 

Nangka Tekam Yellow baru sahaja didaftarkan kepada Jabatan Pertanian oleh FELDA Agricultural Services Sdn Bhd pada 29 Mac 2004.

Pendaftaran nangka ini telah diberikan Nombor Pendaftaran 'J33' dengan nama gelaran 'TEKAM YELLOW' yang kini merupakan antara varieti nangka paling luas di tanam di Malaysia.


Nota..
Anak pokok: Nangka Tekam Yellow
Tinggi: 3kaki
Umur:
Kod harga: RMEJ
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb April 2018




LIMAU KASTURI


Limau kasturi atau nama saintifiknya citrus microcarpa adalah tanaman dari famili Rutaceae. Pokok ini banyak di tanam di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, indonesia dan Thailand. Limau kasturi juga dikenali dengan nama calamodin orange, calamansi, acid orange, limau sambal, limau cuit, musk lime dan bugarom.

Pokok limau kasturi adalah pokok renek yang mampu mencecah ketinggian sehingga 3-6 meter dan mempunyai dahan sederhana rimbun. Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros.

Ia boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang atau tut. Namun pokok lebih cepat berbuah jika ditanam melalui pembiakan secara tut atau tampang. Daunnya berwarna hijau gelap. Buah limau kasturi berwarna hijau gelap dan bertukar menjadi kuning apabila masak.

Isinya berwarna kuning jingga serta rasa buahnya agak masam dan sedikit manis apabila masak.


Nota..

Anak pokok: Limau Kasturi
Tinggi: 1kaki
Usia:
Kod harga: RMIF
Pembekal: P1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 27hb Mac 2018


DURIAN TRI-DEWI


Durian klon terbaru dari ladang durian Pulau Pinang. Dikatakan kualiti buahnya mengatasi Musang King dan amat digemari oleh pelancung dari luar negeri.

Belum didaftarkan dan tiada lagi maklumat yang diperolehi dari Google.


Nota..
Anak pokok: Durian TriDewi
Tinggi: 1kaki
Umur:
Harga: RMHB
Pembekal: L1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 27hb Mac 2018


DURIAN MUSANG KING D197


Pokok Durian Musang King/ Raja Kunyit (D197) benih kahwin. Berasal dari Tanah Merah Kelantan juga dikenali dengan nama Raja Kunyit. Musang King didaftarkan pada 9hb Dis 1993. Nama Musang King diberikan kerana banyak ditanam di Gua Musang dan King membawa maksud raja.

Buahnya berbentuk bujur dan kulit berwarna hijau tua. Isinya berwarna sangat kuning, mempunyai isi yang tebal, rasa lemak, manis dan pahit serta biji yang kempis.Pokok durian Musang King ini akan ngeluarkan hasil dalam tempoh 5-7 tahun.


Nota..

Anak pokok: Durian Musang King
Tinggi: 1kaki
Usia: 5 bulan
Kod harga: RMIB
Pembekal: L1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 27hb Mac 2018


POKOK MANGGIS

Mangostien



Manggis (Garcinia mangostana L.) adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 200C dan 3000 Ia memerlukan keadaan lembab denganjumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm. setahun dan sesuai dengan pelbagaijenis tanah yang bersaliran baik. Jenis tanah yang sesuai ialah tanah lanar laut seperti Siri Telok, tanah lanar sungai dan kawasan dataran banjir. 

Kultivatar Yang Disyorkan 

Tiada klon yang dikenalpasti untuk disyorkan kerana biji manggis adalah jenis apomiksis, iaitu pokok yang dibiak daripada biji tetap tidak berubah dari bakanya.


Nota kaki..
Anak pokok: Manggis
Tinggi: 2kaki
Umur:
Kod harga: RMHB
Pembekal: L1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb Mac 2018


Sunday 29 April 2018

RAMBUTAN ANAK SEKOLAH R191


Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal. 

Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.


Nota..
Anak pokok: Rambutan Anak Sekolah
Tinggi: 1kaki 2inci
Umur:
Harga: RMIB
Pembekal: L1 Pasar Tani Pekan
Tarikh: 20hb Mac 2018




PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

BERBUDI PADA TANAH

" Tak ada seorang Muslim yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapat sedekah kerananya."

AI-Bukhoriy